Monday, 18 June 2012
Alhamdullilah
Assalammualaikum , alhamdulillah . Alhamdulillah aku sentiasa cuba untuk menjadi semakin terbaik namun setiap kali terjatuh baru aku sedar . Aku cuba untuk berubah tapi meamng diakui betapa siksanya . Betullah kate seseorang itu ISTIQOMAH penting . Sekarang sudahh hampir ke hari penentu aku cume satu yang aku harap agar aku semakin menjaga akhlak aku dan memperbaiki mane yang kurang . Insyallah aku melakukan sedaya upaya aku . Aku kene bangkit sendiri tanpa pertolongan sesiapa pun , hanya aku sahaja yang boleh membantu diri aku sendiri . Insyallah . Beberapa hari yang lepas aku sudah menyiapkan tugasan rancangan perniagaan aku . Dengan pertolongan rakan-rakan aku berjaya menyiapkan walaupon berulang kali aku gagal megira . Laporan kerjya pon aku dah siap kan . Syukur ! Satu persatu aku cuba habis kan . Sentiasa tabahkan diri dengan pelbagai dugaan adalah satu keramat yang akan aku pegang sehingga kini . Terima kasih yang sentiasa ada memberi kata-2 semangat padaku .
Saturday, 2 June 2012
Tips awal sebelum bertudung labuh
Assalammualaikum w.b.t tadi mase online kat facebook . Jumpelahh dalam group yang aku join tu ade maca kata -2 nasihat , hadis , alquraan dan sebagainya yang baik . Ini antara tajuk yang aku minat sangat , alang-2 aku pun tengah dalam proses so menghayatilah sambil share untuk blogger yang singgah kesini , tips ni juga mungkin berguna bukan sahaj baru nak bertudung labuh mungkin juga kalau nak berubah . Antara tipsnya ialah :
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

So inilah antara tips awal ya khasnya bagi para mujahidah dan kaum hawa . Aku pun tak terkecuali untuk mengikutnya , selagi kita bergelar hawa , selagi itulah aurat perlu ditutup . Ingatlah wahai wanita , ' Wanita Solehah Itu Tak Memandang dan Tak Dipandang ' biarlah kite dilihat dengan penuh rasa kasih sayang oleh bakal suami kite .
Friday, 1 June 2012
Sahabat ni macam mane ?
Assalammualaikum w.b.t . Alhamdulillah masih lagi dapat aku menaip walaupon di kotak kepala bermacam fikiran . Antaranya kawan , well bagi aku banyak pengalaman aku pasal kawan . Kite sebut dengan mudah tapi susah untuk menghadapi . Mcam aku sendiri aku banyak berhadapan dengan kawan yang berbagai jenis perangai . Untuk makluman semua majoriti kawan aku kawan yang sosial , baik dan jahat . Dulu kawan aku yang paling sayang buat dahh ta mesra dengan aku , betul lah kate orang kite takkan pernah dapat kawan baik atau rapat . So buat mase ni aku pegang pada kata-2 itu . Ini semua sebagai pengajaran untuk aku sebab dapat kawan yang menganiyai aku sendiri , kawan yang cemburu dengan aku . Kadang-2 aku bertanye pada diri aku ni , aku ni ade kuase ke sampai diorang buat macam tu . Ya ALLAH aku takk terniat pon nakk buat die marah atau menitis air mata sebab aku tapi disebabkan perangai dan sikap acuh tak acuh dengan diri aku . Bermacam cara aku buat untuk kembalikan jalinan yang ALLAH takdirkan untuk aku namun aku gagal . Ya aku tahu aku bukan yang terbaik di mata mereka tapi aku berusaha untuk masuk menjadi sebahagian daripada mereka , aku perjudikan diri aku demi mereka . Inilahh natijah aku dapat , tapi alhamdulillah aku berterima kasih pada ALLAH dikurniakan pengalaman yang hebat ini . Biarlah kawan aku seorang sahaja namun masih memahami aku dan sentiasa menemani kala aku berduka . Wajah yang selalu ceria di kelas inilah yang banyak menyimpan kisah duka namun demi kawan ku ceriakan kehadiran aku sebagai ubat penawar . Namun apa yang pasti sahabat yang kekal bersama aku nanti ialah bakal suami aku , itulah menjadi penawar , kesakitan segalanya bagi aku .
Kepada kawan yang masih lagi bersama menempuh dugaan dengan aku , alhamdulillah aku hargai sangat dan menyukai persahabatan kite . Semoga ukhwah yang terjalin antara kite masih lagu tetap utuh dan takkan putus . Terima kasih atas kesabaran bersama dengan aku . Aku sayang korang yang hargai aku , menegor aku , tolong aku segalanyalah . Korang terima kasih tidak putus-2 meniupkan semangat pada kau tanpa jemu kalau tidak mungkin aku sudah hancur kan . Itulah serba sedikit sepanjang yang alami sehingga kini . Ya ALLAH terima kasih atas nikmat mu dan dugaan mu itu .
Sahabat aku yang banyak aku sakiti hatimu maafkan aku ye , aku takk pernahh nakk sakitkan hati kau dan aku memohon maaf sekali lagi . Aku tahu kau ta membacanya tapi sekalipon kau tidak tahu , aku harap kita biarlah terus begini dari hati kau dan hati aku tersiksa akan hal yang kecik sahaja . Aku harap kau boleh carik kawan yang lebih baik dari aku , yang lebih memahami kau dari semua aspek diri kau . Kehadiran aku bukanlah lagi untuk menceriakan hari kau namun kini kehadiran aku mungkin merbahayakan diri kau . Terima kasih sempat datang dalam dunia aku , tapi kegembiraan itu sementara sahaja hakikatnye kite tidak sehaluan . Aku amat menyesal kalau semuanya bersalah pada aku dan aku ta pernah menyalahkan kau . Aku sentiasa memaafkan kau sebab bagi aku kau orang biasa jugak yang ta lari dari kesilapan , aku ta marah kerana marah itu sifat syaitan dan aku sekarang nakk berubah .
Wednesday, 13 July 2011
Kenapa perlu tutup aurat wahai mereka yang bergelar wanita
Assalamuualaikum semoga ALLAH merahmatimu
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:
‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’
Jelas kepada kita sebagai orang Islam, bahawa tiada kompromi dalam hal aurat. Namun sebaliknya yang berlaku pada hari ini ialah ramai di kalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri yang menganggap pemakaian tudung terutamanya adalah satu bentuk penindasan kepada kaum wanita.
Berhijab adalah isu sepanjang zaman dan sentiasa menjadi bahan kontroversi terhadap masyarakat Islam minoriti di negara-negara Eropah.
Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.
Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?
Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.
Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.
“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”
Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”
“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”
“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.
“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.
Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.
“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”
Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.
Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.
“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”
“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.
“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”
“Pernah.”
“Pernah masuk ke kedai emas?”
“Pernah.”
“Pernah ke pasar malam?”
“Pernah.”
Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.
“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”
“Tentu sahaja di kedai emas.”
“Bagaimana keadaannya?”
“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”
“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”
“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”
Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.
Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.
“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.
Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”
Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”
Semua melafazkan syukur.
__________________________________________
__________________________________________
Sunday, 10 July 2011
Jika benar hatiku terbuka luas untuk menerima hidayahmu , maka kau perkenankanlah YA ALLAH .
Assalammualaikum , segala pujian kepada ALLAH S.W.T pencipta seluruh alam maya .
Hari nie entry saya agak melibatkan kerohanian . Saya sebenarnya sedang mengambil masa untuk perbaiki diri saya , menginsai apa yang terjadi apa diri saya , moga segala dosa saya diampunkan . Pada masa yang sama , saya memasang impian yang tinggi untuk memakai purdah , pada asalnya kerana saya tertarik akan gayanya namun lama kelamaan menimbulkan perasaan bahawa saya sebagai wanita mengapa tidak memakai pakaian berjubah dan berpurdah , sedarkah saya banyak mendedahkan aurat . Namun saya ta suka pakai purdah dan menonjolkan anggota mata dengan memakai celak yang berlebihan dan eyeliner .
Antara pemakaian purdah yang saya minat :
Dan yang paling sempurna sebagai wanita muslimah
Moga aku salah seorang yang dapat hidayahmu YA ALLAH , saya memohon maaf sepanjang mengenali diri saya dan ampunilah dosa ku YA ALLAH . AMINNNN

Subscribe to:
Posts (Atom)