-->
MISS FREAKY UGLY BETTY
Assalammualaikum,hai singgah jeling-jeling ke ? jangan lupe follow insyaallah blog ini akan dibaiki selagi yang boleh , sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran dan liku- yang dilalui . Korang kalau nak aku follow boleh tapi pastikan ade button follow kat sidebar ye!

Saturday, 2 June 2012

Tips awal sebelum bertudung labuh

Assalammualaikum w.b.t tadi mase online kat facebook . Jumpelahh dalam group yang aku join tu ade maca kata -2 nasihat , hadis , alquraan dan sebagainya yang baik . Ini antara tajuk yang aku minat sangat , alang-2 aku pun tengah dalam proses so menghayatilah sambil share untuk blogger yang singgah kesini , tips ni juga mungkin berguna bukan sahaj baru nak bertudung labuh mungkin juga kalau nak berubah . Antara tipsnya ialah :

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .



So inilah antara tips awal ya khasnya bagi para mujahidah dan kaum hawa . Aku pun tak terkecuali  untuk mengikutnya , selagi kita bergelar hawa , selagi itulah aurat perlu ditutup . Ingatlah wahai wanita , ' Wanita Solehah Itu Tak Memandang dan Tak Dipandang ' biarlah kite dilihat dengan penuh rasa kasih sayang oleh bakal suami kite .
Jejari cakap maslizauglybetty at 08:23

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Search This Blog

Tempah blog Comel cam Kite Kt sini.. superbb hihi

twinkies bum-bum

story wihout END

  • ▼  2012 (3)
    • ▼  June (3)
      • Alhamdullilah
      • Tips awal sebelum bertudung labuh
      • Sahabat ni macam mane ?
  • ►  2011 (2)
    • ►  July (2)

Backgrounds & Spring Backgrounds
 
Copyright Maslizauglybetty. Powered by Blogger.